Nadi Mahir Masak (Pembuatan Orange Juice Dan Mocha Ais)
29 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 28 Januari 2026 yang lalu, para peserta mahir masak intake 3 NADI Batang Maro telah diberi tugasan untuk membuat oren jus dan mocha ais. Peserta menunjukkan kemahiran dalam penyediaan minuman iaitu jus oren dan mocha ais dengan mengikuti tunjuk ajar dan bimbingan guru sepanjang proses pembuatan. Selain itu, peserta mematuhi setiap Langkah yang ditunjukkan oleh guru, bermula daripada penyediaan bahan, penggunaan peralatan yang betul, teknik membancuh minuman, sehinggalah kepada penjagaan kebersihan dan keselamatan kerja.
Sepanjang aktiviti dijalankan, peserta memberi kerjasama yang baik serta menunjukkan kefahaman terhadap arahan yang diberikan. Hasil minuman yang disediakan adalah memuaskan, mempunyairasa yang konsisten dan menepati standard kualiti yang ditetapka. Dengan adanya kelas seperti ini peserta dapat menambah ilmu pengetahuan yang baharu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: